Posts

Kenyataan Media

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan dalam talian bermula  21 Disember 2020 KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut: Kategori 1 Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji. Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan  berturut-turut semasa permohonan; ATAU 2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.  Bagi kategori ini: • Tiada dokumen sokongan diperlukan; • Kelulusan secara automatik berdasarkan da...

Pendahuluan Maksimum

Image
 Pendahuluan Maksimum Pertama Antara RM4,000 hingga RM10,000 Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. Sebagai contoh: Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan K...

Apa itu i-Sinar?

Image
  APA ITU i-SINAR KWSP? Pengeluaran Akaun 1 di bawah i-SINAR KWSP boleh dibuat permohonan mulai pertengahan Disember 2020. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP, permohonan boleh dibuat melalui online. Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. "Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP." Demikian kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menggamatkan dewan rakyat apabila rata-rata ahli parlimen memberi ‘sorakan’ sebagai tanda setuju. Tengku Zafrul berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan mereka tahun ini, pencarum layak memohon untuk membuat pengelua...