Apa itu i-Sinar?
APA ITU i-SINAR KWSP?
Pengeluaran Akaun 1 di bawah i-SINAR KWSP boleh dibuat permohonan mulai pertengahan Disember 2020.
Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP, permohonan boleh dibuat melalui online.
Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.
"Tanpa mengira sama ada ahli pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, aktif mencarum atau tidak, selagi terjejas pendapatan dengan ketara, bolehlah mengeluarkan simpanan dari akaun satu KWSP."
Demikian kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menggamatkan dewan rakyat apabila rata-rata ahli parlimen memberi ‘sorakan’ sebagai tanda setuju.
Tengku Zafrul berkata, tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan mereka tahun ini, pencarum layak memohon untuk membuat pengeluaran daripada akaun satu KWSP.
Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibuka dan diperluaskan kepada semua ahli yang terjejas pendapatan mereka.
"Daripada 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli."
"Tambahan pula, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion," katanya
Menurutnya, pemohon cuma perlu memohon dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau bayaran lebihan masa dan pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
Untuk memohon menerusi online, pemohon perlu layari portal rasmi i-Sinar;

Comments
Post a Comment