Kenyataan Media
i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020 KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020 : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut: Kategori 1 Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji. Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut: 1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU 2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Bagi kategori ini: • Tiada dokumen sokongan diperlukan; • Kelulusan secara automatik berdasarkan da...